DAH TUA BARU NAK BERCERAI
Semalam aku pergi melawat seorang hamba Allah ini, tidaklah tua sangat, kalau orang kerja kerajaan, umurnya lebih 60 tahun.. baru sangat pencen sebagai pegawai atasan kerajaan.. sebenarnya pakcik ni ada kena mengena jugak dengan aku, sedara jauh.. bau-bau bacang.. macam-macam cerita pasal pak cik aku yang sorang ini, tiada yang baik bila pak cik ni menceraikan isterinya pada umur bolehlah dikatakan diambang sorey.. kononnya pakcik aku ni.. gatallah.. dapat duit pencen lupa dirilah.. kena sihir dan macam-macam lagi.. Sebenarnya, kita boleh saja macam-macam untuk mengata itu dan ini.. tapi tubuh badan yang empunya diri lebih faham dan punya alasan yang kita sendiri tidak faham.. atau tidak mahu faham.. terutamanya perempuan.. samada memang bengap.. atau ego tak tentu pasal.. pakcik ni pun, selepas menceraikan isterinya.. bukan talak satu.. tapi tiga terus sekali dia kasi.... menghantar isterinya pulang kekampung halamannya.. tinggallah dia seorang diri.. a...