GENERASI ADA HARGA TAPI TIDAK ADA NILAI !!


Perkahwinan sememangnya sangat mulia disisi agama Islam yang sangat menitik beratkan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.  sistem kekeluargaan Islam.

Untuk menjadikan sesuatu kaum atau negara maju dan membangun, semuanya bermula dari rumah/keluarga.  Keluarga yang porak peranda tidak akan menghasilkan modal insan yang sukses dan membantu dalam pembangunan sesebuah negara.

Kita sendiri boleh lihat, bagaimana contoh negara-negara maju membina asas keluarga yang baik untuk menjamin mereka mendapatkan modal insan yang berguna untuk pembangunan negara mereka.  Contoh yang paling nyata adalah Boarding School, cuba lihat di Britain atau di Amerika, anak-anak mereka dihantar ke sekolah berasrama adalah sebagai hukuman bagi anak-anak yang bermasalah, dan anak-anak mereka cuma keluar rumah untuk memasuki kolej atau universiti.   Tapi kita yang kononnya terlalu mengejar ilmu, dan konon untuk mengajar anak-anak berdikari menghantar anak-anak terlalu awal keluar rumah untuk ke asrama, maka terhasillah anak-anak yang berilmu tapi tidak ada nilai, nilai-nilai kekeluargaan, nilai kasih sayang yang secara perlahan-lahan boleh merosakkan nilai agama, bangsa dan negara.



Secara beransur-ansur,  nilai kekeluargaan yang sangat penting untuk dilihat dan diasuh oleh sesuatu keluarga bagi anak-anak muda yang sedang membesar hilang dan terlepas pandang.. anak-anak muda ini yang tidak mendapat contoh atau nilai yang baik dari keluarganya, mereka memperolehinya secara langsung atau tidak daripada pembelajaran yang didapati dari persekitarannya, samada dari Televisyen atau daripada persekitaran yang bukan datang dari tradisi keluarganya sendiri.  Maka terlahirlah satu generasi yang pelik yang semakin global sifatnya atau terlalu kebaratan dalam pengendalian sesebuah keluarga.  Terbentuklah  suami atau bapa yang tidak lagi seperti bapa-bapa atau suami yang dituntut oleh agama, atau ciri-ciri suami tradisional yang semakin hilang.  

Tuntutan duniawi yang semakin mendesak, memerlukan seorang isteri untuk keluar bekerja bagi mencari rezeki membantu keluarga, atau secara tepatnya, bukanlah untuk membantu suami.. tetapi merasakan rugi menghabiskan wang ringgit, bergolok bergadai untuk menuntut ilmu dan berkelulusan tinggi tetapi duduk terperuk diceruk dapur... lihat saja contoh Isteri Menteri Besar Pahang.. masih menjadi cikgu walaupun suaminya seorang Menteri Besar.

Anak-anak yang terlahir dari generasi ini, dibesarkan dan diasuh oleh orang luar, yang kasih sayangnya dibayar untuk memanjai anak-anak yang tidak sempat untuk diurus dan diasuh oleh ibu bapa kandungnya sendiri.  Malah sudah ada sekarang ini, ibubapa yang meninggalkan anak-anaknya terus dan hanya mengambilnya disetiap hujung minggu ataupun sebulan sekali.  Kita sudah melihat akan runtuhnya nilai-nilia kekeluargaan ini secara perlahan-lahan, sumbang mahram, dera, buang anak semakin mejadi-jadi.. kita seakan-akan terlalu bodoh dan sombong untuk menuding menyalahkan orang lain tetapi bukan diri sendiri.  Anak-anak yang lahir dari generasi ini dan akan datang bolehlah dikategorikan sebagai ada harga tapi tidak ada nilai.


Kita sendiri sebagai ibu bapa terlalu mementingkan diri sendiri, mempunyai anak-anak yang kurang cerdik adalah sangat memalukan, kita lebih mahukan anak-anak kita menjadi apa yang kita mahu, bukan apa yang mereka mahu.. kita hanyalah dari segi duniawi mahu anak-anak menjadi klon kita.. atau pun klon yang lebih baik dari kita.  Tapi yang paling melucu dan menjengkilkan dalam masyarakat kita., orang Melayu, menghantar ibubapa kerumah orang-orang tua adalah suatu Taboo, hanya anak-anak derhaka saja yang menghantar orang tuanya kerumah orang-orang tua..  sepatutnya kita sendiri malu dengan diri sendiri, untuk menuntut anak-anak supaya menghargai kita dan memberi kita sepenuh kasih sayang.. kita sendiri patut menilai diri sendiri semula.. kita sendiri pun menghantar anak-anak ke pengasuh.. sehari hanya ada beberapa jam untuk mereka sebelum tidur.. umur 13 tahun sudah dihantar duduk diasrama.. atau mungkin lebih muda lagi.. seawal 7 tahun pun ada.. dan bila sudah tua.. kita menuntut yang macam-macam.. apa kita tidak tahu malu??


Sebenarnya banyak yang kita boleh belajar dari apa yang kita lihat disekeliling kita, lihat saja dalam ahli keluarga kita.. atau ahli keluarga terdekat..  selalunya anak-anak yang kurang berjaya dalam pelajaran inilah yang akhirnya akan menjaga orang tuanya.. harapkan anak-anak yang dihantar belajar tinggi, jangan harap.. mereka terlalu sibuk mencari harta, kerana itulah yang telah kita pantak kedalam otaknya hari-hari.. tapi kita sendiri, sangat mementingkan kemahuan diri sendiri, menuntut kasih sayang dari mereka.. dan bolehlah kalau dikatakan.. semakin tua.. semakin tidak tahu apa yang kita mahukan.. kita yang mengasuh mereka untuk mencintai dunia, kita yang menjadikan mereka manusia punya harga tapi tiada nilai.. tapi diakhirnya, kita menuntut mereka untuk menghargai dan memberi kasih sayang kepada kita tanpa batas.. yang jika hendak dikatakan.. kasih sayang yang tidak pernah terkesan dalam jiwa mereka.. mereka punya perancangan yang panjang lebar.. tapi percayalah.. ibubapa tidak pernah ada dalam perancangan mereka.. tidak pernah ada.. malah kita sendiri pun begitu.. tapi kita menuntut daripada mereka.. apa yang kita tidak pernah lakukan.








Comments

Popular posts from this blog

BAYAR BELAS-BELAS RIBU - DAPAT SUNDAL BOLONG (KERETAPI PUN BOLEH U-TURN )

Isteri Derhaka - mana ada perempuan takut dah sekarang ni...

Kehidupan Aku Selepas Bercerai...