Ibu Mertuaku - Queen Control yang sangat menyusahkan !!!

Aku dibesarkan dalam keluarga yang bapak aku adalah penyara kepada keluarga.. bapak bukanlah orang senang, kerja pun kuli batak je.. tapi masa dulu, mana ada orang senang.. semua orang pun susah..

Emak pulak, nak membantu keluarga.. akibat desakan itu dan ini.. membuat kuih samada menghantar ke pasar malam atau kami bawak ke sekolah untuk dijual secara curi-curi.. korang pernah tak jual sagun kat sekolah atau jugal kuih buah rotan.. masa tu sangat trill, iyelah kantoi kat sekolah terpaksalah mengadap guru besar..

Bapak seorang yang sangat tegas, aku ingat lagi.. rasanya kami dibesarkan oleh seorang tentera, dia memang takda belas kasihan dalam bab mendenda dan mendidik kami..

Pernah sekali aku dikurung dalam tong dram kosong semata-mata kerana mengutip botol bedak kosong untuk dibuat main, dan itu betul-betul membuatkan aku serik.. pantangnya adalah pergi mengutip apa yang orang buang bawak balik.. dia jugak akan memukul kami cukup-cukup sekiranya mengambil duit jumpa walau pun lima sen..

Bab disiplin, aku takkan lupa, cara didikan ayah aku.. ayah yang membuat undang-undang dan emak pulak adalah polis yang menguatkuasakan undang-undang..

Segala keputusan adalah hak ayah semata-mata, emak akan taat tanpa soal, dia tak pernah mengatakan kepada kami adik beradik bahawa apa yang ayah lakukan itu tak betul.. walaupun berbirat-birat badan kami kena libas..  kami hanya mengadu itu dan ini kepada emak.. tapi emak tak pernah sekali berkata bahawa kami betul..

Undang-undang dan peraturan inilah yang menjadikan kami adik beradik sangat berdisiplin dan kemas.. sepanjang kami membesar, aku ada time table - bila waktu mengaji, bila waktu bermain.. bila waktu mengulangkaji.. waktu makan.. waktu tidur.. sangat rigid - tiada kompromi.. pakaian kami kemas dan bergosok sepanjang masa.. rambut tersisir berminyak.. dalam kocek sepanjang masa ada sikat dan saputangan..

Bayangkan dengan sikap tegas ayah, adakah perkataan "kasih dan sayang" senantiasa bermain dimulutnya?..  tidak.. pada aku, keluarga aku balance, sebab ayah yang sangat garang diimbangi dengan emak yang sangat sporting dan penyayang.. ayah tidak pernah gelak terbahak-bahak didepan kami.. kalau terlalu lawak pun, dia cuma tersenyum je..


Waktu itu.. nenek kami tinggal bersama kami.. ibu kepada emak kami.. nenek bersama dengan adik bongsu emak.. sepanjang itulah.. nenek seingat aku, tidak pernah sekalipun memenangkan emak atau kami adik beradik dalam segala hal.. walaupun emak ayah dimarahi didepannya.. nenek takkan menyampuk.. dan bila ayah dah takda.. siaplah emak pulak kena leter dengan nenek...

Akupun sebenarnya tidaklah rapat langsung dengan ayah.. segala-galanya emak, mintak duit pun dengan emak.. takutnya nak bercakap dengan ayah..  aku cuma berbaik dengan ayah lepas aku kahwin dan punya anak sendiri.. mungkin waktu tu, aku faham bagaimana perasaan seorang ayah.. lagipun emak dan ayah aku yang mengasuh anak sulung aku tu.. dia yang mintak, sebab mak bini aku yang taknak jaga..  ayah aku pun masa tu dah pencen..


Ketika aku berkahwin dulu, sebenarnya aku tak tahu pun.. bahawa keluarga seperti keluarga bini aku ni wujud kat planet ni.. sungguh aku cakap.. aku terasa seperti kahwin dengan alien.. keluarga ni sangat pelik, queen control terlebih.. bukan saja keluarga mertua aku.. tapi kesemua adik beradik mak mertua aku ni.. tapi bila dilihat keluarga mak mertua aku ni.. (mak dan ayah mak mertua)..  datuk dan nenek bini aku ni bukanlah pengamal queen control.. tapi boleh dikatakan kesemua anak perempuannya begitu..  bapak mertua aku dah dua tahun meninggal sebelum aku kahwin.. jadi aku tak tahu macam mana keadaan mereka anak beranak.. tapi kesan didikan keluarga ini.. boleh dilihat terus .. seperti cermin.. sangat simpang perenang....

Aku teringat.. mula-mula berkahwin dulu, ada bini aku cakap.. dia kasihan tengok ayahnya.. selalu dibuli emaknya.. cakap emaknya adalah mandatori yang wajib diikut oleh semua orang..

Sudah aku katakan.. keluarga ini totally pelik dari awal lagi.. aku yang beranggapan positif, cuba buang jauh-jauh.. dan cuba serapkan cara aku dalam keluarga ini.. mula-mulanya ok.. tapi semakin lama.. aku rasa tidak akan ada apa-apa yang dapat mengubahnya..

aku sering bercakap pada bini aku.. "ada dua rumah yang rasa macam tanah perkuburan.. 1. rumah kita.. 2. rumah mak awak.."

sebelum itu, ada dia bercerita.. mereka adik beradik rapat dengan arwah bapa mereka.. ayahlah yang menyerikan rumah dengan lawak-lawaknya sedangkan emak seperti seorang puteri raja.. duduk bersemayam didalam bilik, pada aku mungkinlah kesan kehilangan bapa itu menjadikan keluarga ini begini...

Ketika aku mula-mula kahwin dulupun.. rumah itu takda langsung serinya.. seperti rumah orang berkabung dari kematian.. bayangkan, seorang duduk didepan rumah.. seorang duduk didapur... seorang duduk dalam bilik..  berbeza betul dengan rumah keluarga aku.. yang senantiasa kecoh dan ceria.. makan pulak masing-masing, tak pernah makan sekali.. begitu juga kalau menonton tv.. samada kaku menonton.. atau aku akan menonton sorang-sorang...

pernah sekali dulu masa mula-mula berkahwin.. mungkin dia perasan, sebab aku takkan duduk dimeja makan selagi meja tak siap.. itu cara aku dibesarkan.. tapi mcm aku kata keluarga ni pelik.. dia panggil semua orang duduk - dah duduk baru start nak hidang nasik, hidang gulai..  lepas tu, hidangan pulak, ikutlah pinggan pecah ke.. plastik ke .. kaca ke.. malah periuk pun terus je letak atas meja..  dia boleh je cakap dekat aku.. "ambik ajelah sendiri.. tak payah nak hidang-hidang... nak makan ambiklah dalam periuk.. nasik kat situ.."..  aku cukup terkejut.. dalam hati aku cakap.. iyelah.. aku kawen ngan anak ko free ke apa?

Aku dah dididik dengan cara itu..  kami semua adik beradik makan sekali, takda asing-asing.. mak dgn orang-orang perempuan akan berhidang, dengan pinggan yang cantik-cantik.. tak pernah sekali pun periuk duduk atas meja makan.. kat rumah mak mertua aku ni pulak.. kalau lambat makan... hanyalah tinggal nasik... diorang tibai sampai licin.. tak ingat langsung orang kemudian..

Kami tak pernah pergi menyelongkar dan ditegah menyelongkar dapur rumah orang.. aku sampai hari ni kekok.. walaupun rumah datuk nenek aku sendiri.. lagi satu, aku jugak sangat dilarang masuk kebilik tidor orang.. tapi mak mertua aku ni selamba je aku tengok.. bilik tidor aku.. bilik dia jugak.. 

Dalam keluarga aku.. mak akan buat air minum setiap pagi dan petang.. tiap petang, pukul empat je.. akan ada air manis dan kueh mueh atau setidak pun biskut kering.. semuannya berhidang dengan cawan beralas.. samada ada orang minum atau tak.. tak jadi masalah pun.. tapi, dalam keluarga bini aku.. jangan harap, kalau dia buat pun.. cawan ikut dan je.. diorang ni pulak.. yang cantik-cantik dan baru.. dia simpan dalam almari.. yang pakai yang dah nak hancur berkecai..

Aku pulak.. iyelah mungkin dah terbiasa.. setiap kali aku ambil cawan/gelas nak guna.. aku akan tengok sampai ke dasarnya.. kalau ada daki kopi atau teh.. aku akan ambil cawan/gelas lain.. sebab kat rumah mak aku .. takda..  sekali tu, aku tak sedar.. mak mertua aku nampak.. dia boleh kata " bersih gelas tu.. boleh je guna".. sepatutnya dia segan tengok aku macam tu.. tu belum lagi pinggan plastik.. bayangkan semuanya kekuningan.. walaupun memang bersih.. tapi aku tak biasa..

Mula-mula aku kawen dulu..  semua kaum kerabat bini aku.. suruh aku tinggal dirumah mak mertua aku tu.. aku lama buat keputusan.. awal-awal lagi dah nampak.. aku tak boleh langsung tegur anak dia.. dia duduk kat mana pun.. dia akan bela anak dia.. itu belum bab menyampuk kami borak laki bini.. dalam bilik pun dia boleh selamba menyampuk.. lepas tu, jangan ingatlah hujung-hujung minggu nak pergi melawat mak dan ayah aku.. setiap minggu ada je program dia.. dia ingat aku ni apa? anak yatim? 

aku sebenarnya banyak kecik hati dengan komen mak mertua aku ni.. diorang pun bukan orang senang.. aku pun orang susah jugak.. tapi bapak aku didik aku dalam klas tersendiri.. supaya nanti kami orang taklah mcm rusa masuk kampung..

Bapak mertua aku ni pun.. masa hidupnya, bekerja sebagai drebar aje pun.. mak mertua aku ni tak kerja.. mcm mak akulah.. buat kueh jual kat tepi rumah.. tapi kesemua adik beradik perempuan mak mertua aku ni bekerja gomen.. dia yg kakak paling tua.. mungkin taknak kalah dengan adik beradik dia yang lain.. ego punyalah tinggi.. rumah yang mereka duduk tu.. renovate pun lepas pak mertua aku mati.. dapat duit pampasan pencen.. habis semua memperbesarkan rumah.. satu sen pun anak-anak arwah ni tak dapat.. tak tahulah siapa yang ajar.. rumah tu.. cepat-cepat ditukar kepada nama mak mertua aku ni, atas kehendak dia.. anak-anak mengikut aje.. itulah aku kata.. kalau gayanya tinggi sangat ilmu agama.. apa dia tak tahu ke hukum faraid..? berapa kali lepas tu.. mereka anak beranak mempersendakan rumah mak ayah aku..  itulah aku kata kat bini aku (lepas aku dah tak tahan sangat).. korang tu. tambah rumah pun lepas bapak korang mati.. kalau tak, kena sergah dengan petir pun roboh...

Aku pulak.. lepas 5 bulan kahwin pindah.. duduk rumah sendiri.. kuarters atas nama bini aku.. lagi lah sedap mak mertua aku ni sindir giat.. ketika aku keluar pindah rumah.. satu benda pun yang bini aku beli masa dia bujang tidak boleh dibawak keluar.. motor, pinggan mangkuk.. tv .. semuanya aku beli baru..  mereka anak beranak semuanya gila harta.. tak faham sungguh aku.. siap berebut motor bini aku tu.. ambiklah.. tak heran aku..


Bini aku ni pulak.. walaupun dia pernah cakap.. betapa kesian dia pada arwah bapak dia dulu.. kena buli dengan mak dia.. tapi perangai dia sebijik macam mak dia.. sebijik.. dia tengok macam mana keluarga aku.. tapi sikit pun taknak belajar.. lagi dia suka mak aku buat serba serbi untuk aku kalau aku balik rumah dia.. aku pulak lebih senang suruh adik beradik aku dari suruh dia.. nak minum air ke.. apa ke.. mak aku atau adik-adik aku yang sediakan.. dia langsung tak segan.. lagi ambik kesempatan.. ada

Bini aku ni.. kalau dengan mak dia.. kelangit hijau pun dia haram nak bagitau aku.. mak dia pun, takdalah nak nasihat anak dia.. suruh tanya aku dulu ke .. apa ke.. takda, jangan harap.. bukan setakat mak bini aku je.. semua kerabat dia, kalau dengan bini aku.. suka hatilah nak pergi mana.. macam aku ni dah mati je dia buat..

Masa anak sulung aku kecik dulu, mak ayah aku yang jaga.. bini aku ni.. tiap-tiap petang, dia pergi melepak kat rumah mak dia.. haram bagitau aku.. dia buat mak ayah aku mcm hamba abdi dia je.. langsung tak reti nak hormat.. pernah tak sekali mak dia nasihat anak dia?... tak pernah..

Aku ingat lagi.. masa arwah ayah aku ada lagi.. kalau sekiranya aku beraya dirumah dia.. lepas sembahyang raya..  bapak aku mesti halau aku anak beranak pergi beraya pulak rumah mak mertua aku ni.. tapi cuba kalau beraya rumah mak mertua aku ni.. dia akan buat macam aku takda mak bapak.. (kami satu kampung).. pernah sekali tu.. malam baru aku sampai rumah mak ayah aku... jadi, sejak dari itu, kalau aku balik kampung.. aku akan pergi rumah mak ayah aku dulu.. termasuk hari raya.. sebab kalau dah sampai rumah mak dia.. jangan harap aku dapat bawak anak bini aku kerumah mak ayah aku..


Aku bukan nak mengungkit atau apa.. beribu duit ayah aku berhabis dengan keluarga mentua aku ni.. adik bongsu bini aku ni sakit buah pinggang.. selalu lah ayah aku bagi duit.. tapi pernah tak diorang ni ingat jasa bapak aku pada dia.. anak bongsu dia ni pulak (sekarang dah takda).. selalu je datang rumah aku.. makan nasik berhidang.. tak pernah ambik sendiri..


Mula-mula dulu aku beralah je.. mengikut, tapi makin lama.. mereka semua ambil kesempatan terhadap kebaikan orang lain.. termasuk aku.. bab mengantar mak mertua aku ni.. anak lelaki dia bukan takda.. tapi balik-balik aku jugaklah.. padahal aku anak sulung.. mertua aku ni pulak.. dia suka suruh orang dari anak sendiri.. anak sendiri terkangkanglah depan tv.. berapa kali kenduri dah.. aku lah yang berhempas pulas.. 


Mak mertua aku ni, nak semua orang dengar cakap dia.. termasuklah menantu-menantu dia.. bukan aku je.. menantu perempuan dia pun sama.. tiga dah menantu dia.. semua mcm menyampah je dengan dia.. yang kaklong aku lagi dasyat.. dapat dia tunjuk muka.. dia tak kira dah.. tapi ada reti bahasa.. takda, macam itulah jugak.. sampai dia tuduh pulak, anak lelaki sulung dia ni kena bomoh dengan bini dia.. - habis aku ni? tak kena bomoh ke dengan anak perempuan ko?.. kalau boleh aku ni, buang terus keluarga aku .. langsung taknak fikir orang lain.. sombong dan ego.. padahal keluarga bangsat miskin pun.. lagak je lebih..










Comments

Popular posts from this blog

BAYAR BELAS-BELAS RIBU - DAPAT SUNDAL BOLONG (KERETAPI PUN BOLEH U-TURN )

Isteri Derhaka - mana ada perempuan takut dah sekarang ni...

Kehidupan Aku Selepas Bercerai...