Mak Mertua PUAKA HARUM SUNDAL SIANG MALAM a.k.a SETAN TUA

Kadang-kadang rasa nak terajang je kan !!
Bagi korang yang masih belum berumah tangga.. bagi bakal-bakal suami.. korang janganlah terasa sangat melonjak ke langit.. happy seperti korang dah tawan dunia.. ketahuilah.. korang akan berkahwin dengan seorang manusia yang sangat menyusahkan akal, jantung dan kehidupan seterusnya.. dan percayalah.. perempuan yang akan anda kahwini itulah nanti yang akan menjadi salah satu punca kematian anda..



Bagi kebanyakan anak lelaki.. sebelum berkahwin, jika ada perselisihan faham antara kedua orang tuanya.. anak lelaki selalunya akan memihak kepada si emak.. macam mana pun.. ayah tetaplah salah.. tapi nanti selepas berkahwin.. anda akan faham perlahan-lahan bagaimana siksanya menjadi ayah anda.. yang terpaksa berdepan dengan kerenah seorang isteri (emak anda).. yang sangat mengada-ngada.. penuh tipu muslihat.. tak akan pernah mengaku salah.. dan lebih cerdik dari segala profesor dalam dunia ini..

Korang mungkin jugak biasa dengar.. betapa kununnya seorang gadis bujang mencari calon-calon suami yang boleh memimpinnya.. kepala but lah..  lepas kahwin.. jangan haraplah dan jangan nak perasan sangat yang anda boleh memimpinnya.. dia tak akan boleh ditegur sama sekali.. tak pernah sama sekali buat salah.... kuat menipu.. penuh tipu muslihat.. kuat mencuri.. malah kalau ada setan duk sebelah.. lebih baik korang percayakan setan tu dari korang percayakan bini korang..

Melalut pulak..  sebenarnya ahli keluarga perempuan ni.. atau bakal isteri anda.. sangat menyumbang kepada kebahagiaan keluarga anda.. nanti korang jangan harap sangatlah bini korang tu.. mengalakkan korang berbakti kepada orang tua anda sendiri.. tak ada sorang bini pun dalam dunia ini mengharapkan anda masuk syurga kerana berbakti kepada orang tua anda.. dan mereka sangat berbangga sekiranya anda sanggup menjadi anak derhaka semata-mata kerana bini anda.. alah lautan api sanggup direnangilah katakan..

Mak mertua aku ni.. atau bekas mak mertua... tapi kalau ikutkan dalam islam.. walaupun aku dah bercerai dengan anak dia.. dia tetaplah emak aku selamanya.. tapi aku tak mengaku dia emak aku..  setan tua yang menjadi punca segala masalah.. setan tua yang menghasut anak perempuannya tak menghormati sama sekali bukan sahaja aku.. malah kedua orang tua aku..  exbini aku ni tak pernah sekali pun merasa hormat.. atau mengenang budi atas apa yang orang tua aku lakukan kepada keluarga emaknya.. 

Aku sendiri tidak faham.. mereka sekeluarga ini.. samada dibesarkan oleh syaiton atau apa.. mereka sekeluarga ni.. kononnya alim sangat.. iyalah datuknya imam masjid kampung je.. tapi terasa terlalu tinggi martabatnya.. sehinggakan keluarga orang lain semuanya hina dina dan bakal menghuni neraka.. hanyalah mereka saja punya taraf wali-wali tuhan..  dah berapa kali aku tengok.. kalau aku berkunjung kerumah keluarga datuknya..  sekiranya kalau ada keluarga sedara-mara yang tak berapa senang datang kerumah.. diorang bukan layan sangat.. tapi cuba kalau keluarga yang kaya-kaya datang.. diorang layan kalau boleh bentang karpet merah tu..

Kalau gaya.. keluarga alim sangat.. setiap bulan puasa.. boleh buat terawih sesama ahli keluarga.. siap tazkirah bagai.. tapi bagi mereka.. menipu suami itu kewajipan.. keluar rumah tanpa izin suami itu harus.. langgar cakap suami pun tak jadi berdosa pun.. selagi taat cakap emak puaka mereka.. 

Mak mertua puaka aku ni pulak.. ada semacam gila babi sikit..  bayangkan.. dia semacam cuba bersaing dengan aku ni.. siapa lebih cerdik.. siapa lebih pandai..  apa saja cakap aku.. apa saja arahan aku.. cuba dibuktikan kepada anak perempuannya (exbini aku) bahawa arahan aku itu tak betul.. sangat tidak boleh diikut.. pantang sangat kalau aku berbual laki bini.. anak beranak aku.. dia suka menyampuk tak tentu hala.. dah banyak kali.. bila aku tanya exbini aku ni.. dia yang jadi tukang jawab..

Pada aku mak mertua puaka aku ni.. dia tak pernah tahu bagaimana menjadi seorang emak.. bagaimana menjadi mak mertua.. bagaimana menjadi seorang nenek.. dan lebih teruk lagi bagaimana menjadi seorang manusia.. sebab mungkin sepanjang hidupnya dia hanya diajar menjadi malaikat.. bukan manusia..

Aku ingat lagi.. masa anak sulung aku kecik dulu.. aku dah pesan.. aku taknak bagi anak aku ni hisap puting kosong.. taknak bagi berbuai..  tapi esoknya saja.. dia boleh adakan dua benda tu serta merta.. buai dan puting kosong.. urut dada aku.. tapi aku masih jugak menjaga bahasa aku..

Bila anak perempuan aku lahir.. lepas cukur rambut sekali.. aku jaga rambut dia elok-elok.. setiap malam aku sapukan minyak argan kerambutnya.. aku dah pesan kat exbini aku ni.. jangan gunting rambut anak perempuan aku tu.. tapi punyalah aku sakit hati.. mak mertua lahanat aku ni.. sengaja pergi gunting rambut dia..  menyirap betul darah aku.. masa dalam kereta.. aku cakap kat exbini aku ni.. kalau lagi sekali setan tua tu gunting rambut anak aku ni.. aku terajang tulang belakang dia.. cubalah kalau berani..

Begitulah perangai setan tua tu (mak mertua puaka aku).. dia berkuasa penuh keatas exbini dan anak-anak aku.. dia boleh buat apa saja yang dia suka..  dia boleh arah.. dia boleh bawak kemana saja dia suka tanpa perlu bagitahu aku pun..  walaupun dah berbuih mulut aku cakap.. nak kemana-mana bagitahu aku.. tapi macam tak perlu langsung pun exbini dan anak-anak aku ni hormat aku.. hanya perlu hormat setan tua tu saja..

Yang paling celaka.. setan tua tu bukan saja bersaing dengan aku ni.. malah jugak emak aku..  dia sentiasa ingat yang aku ni.. mendengar cakap emak aku.. (walaupun sememangnya aku sebagai anak lelaki sulung memang patut taat cakap emak aku).. jadi dia dengan bersungguh-sungguh cuba membuktikan bahawa emak aku ni salah.. dia sorang aje yang betul.. bila anak lelaki aku ni nak masuk sekolah asrama penuh dulu.. keluarga setan tua inilah yang huru-hara nak menentukan kemana anak aku ni harus bersekolah.. segala yang aku tentukan, mereka akan bangkang.. dan diorang ingat keputusan aku ni adalah keputusan emak aku.. jadi keluarga setan tua ini dengan segala muslihat nak jugak menang.. betapa babinya mereka.. sedangkan emak aku... tak masuk campur langsung urusan aku anak beranak.. 

enam anak-anak mak aku, semua dah kahwin.. dia tak masuk campur langsung urusan rumahtangga masing-masing... malah emak aku sangatlah disayangi anak menantu.. dia tak pernah menyampuk kalau kami berborak lakibini.. dia pun tak memandai nak bagi nasihat.. melainkan kalau kami mintak pandangan dan nasihat dia.. tak macam setan tua ni.. tak pasal-pasal suka menyampuk.. dan tiba-tiba suka nak bagi nasihat dan pendapat.. walaupun tak pernah kami tanya..  anak menantu setan tua ni pun.. semuanya nampak macam menyampah je tengok muka dia.. ialah.. cakap semuanya macam pandai.. walaupun sebenarnya banyak merapu dan tak tentu hala.. pernah aku tengah berbincang laki bini.. dia dengan selamba je.. menyampuk dari dalam bilik.. dengan serta merta dia keluar dari bilik.. semata-mata nak bagi pendapat dan nasihat.. 

Setan tua tu tak tahu.. selama ini.. kemana saja mak aku nak bawak anak bini aku.. dia akan mintak izin dengan aku.. malah sekiranya emak aku nak mengikut adik-adik aku kemana saja.. dia akan bagitahu aku.. emak aku sedar sangat.. yang dia adalah tanggungjawab aku.. tapi exbini aku?.. kemana saja.. hanya perlu membagi tahu emaknya.. mintak izin emaknya.. tanpa perlu bagitahu aku.. itu tak penting sama sekali..

Setan tua tu ada dua lagi anak lelaki.. dia pun sama macam emak aku.. balu yang kematian suami.. tapi anak lelakinya.. walaupun lebih kurang macam umur aku je.. ditentukan seratus peratus oleh emaknya.. emaknya queen yang patut ditaati tanpa soal jawab.. pernah sekali ipar perempuan aku tu... bagitahu aku.. yang setan tua tu ajak dia pergi pasar.. didesaknya jugak walaupun ketika itu.. anak lelakinya (suami dia) demam kuat.. 

Setan tua tu.. kalau boleh semua anak menantunya datang menyembah kepadanya.. dapatlah dia berbangga dengan jiran tetangga yang dia sangat disayangi anak menantu.. padahal bila kamiorang semua ada dirumahnya.. dia hanyalah bersemayam didalam bilik.. dia cuma dengki dan takut sekiranya anak menantunya lebih rapat dengan keluarga sebelah sana.. 

Berbanding dengan emak aku.. setan tua tu..  sihat walafiat.. sedangkan emak aku ni tak sihat sangat..  dua anak lelaki setan tua tu pun ada je duduk sekampung.. sedangkan anak emak aku.. hanya ada aku seorang saja disini.. tapi dia takut sekiranya anak perempuan dia (exbini aku) ni lebih sayangkan emak aku dari dia.. dia takut sangat cucu-cucunya lebih sayangkan emak aku dari dia.. dasar perut babi..

Selepas laki setan tua ni mati dulu.. semua duit pampasan pencen habis membesarkan rumah.. tak cukup duit.. anak-anak dia buat loan lagi..  tapi cepat-cepat dia tukar nama rumah ke nama dia.. takutlah kiranya nanti kalau letak nama anak-anak.. kena halau ke apa oleh anak sendiri.. dah kau tamak sangat.. patutnya kau mereputlah mati sorang-sorang dalam rumah tu.. dengan anak sendiri pun kau tak percaya.. dah macam mana?

Berbeza dengan rumah pusaka aku ni.. masa arwah bapak aku hidup lagi.. bapak aku dah tukarkan nama rumah ni kepada aku.. jadi rumah ni.. dan emak aku adalah tanggungjawab aku.. rasanya mak bapak aku tak perlu takut aku akan halau mak aku keluar.. kerana mereka yakin didikan yang mereka berikan kepada aku takkan menjadikan aku anak yang semacam itu....

Sekarang aku dah bercerai dengan anak setan tua tu.. aku tak mengaku dia mak aku.. babi tua yang selalu saja menghina emak dan ayah aku... mengajar anak perempuannya supaya tak hormat kepada aku.. tak hormat kepada emak dan ayah aku.. dia hanya mahu anak perempuannya hormat dan taat kepadanya seorang..  menganggap orang tua aku seperti hamba tebusan kepada diorang.. kalau ikutkan sakit hati aku.. nak je aku kencing kat atas kubur setan tua ni kalau dia dah mati nanti.. dah hampir dua bulan kami bercerai.. sehingga ke hari ini.. tak ada sorang pun ahli keluarganya menelefon aku.. menanya aku.. apa yang dah terjadi sebenarnya.. 

Aku pun dah pesan banyak kali dekat exbini aku ni.. kalau dia dan mak dia jumpa aku kat mana-mana.. jangan sesekali tegur aku.. aku takut aku hilang sabar.. dan memalukan diri sendiri dikhalayak ramai.. sepanjang hidup aku.. aku tak pernah jumpa orang tua yang punya hati sebusuk itu.. dulu masa aku baru-baru kawin.. bini aku tu selalu cerita.. bagaimana dia kesian tengok ayahnya selalu dibuli emaknya yang sangat mementingkan diri sendiri... tapi itulah yang exbini aku ni ikut.. kurang hajar keturunan.. setan tua ni jugak akan bersungguh-sungguh mengajar anak-anak aku supaya hormat kepadanya seorang.. tapi tidak kepada aku.. ayahnya..

selamanya aku tidak akan redho apa yang mereka lakukan kepada aku dan kedua orang tua aku.. tidak sesekali aku ampunkan dosa exbini aku ni.. kekallah dia sebagai isteri derhaka yang tidak akan bau syurga.... berbelas tahun aku hampir sakit jiwa dengan kerenah dia dua beranak.. terutamanya emak mertua setan tu.. yang minta dilayan seperti seorang permaisuri.. semoga tuhan membalasnya dengan seksa yang amat pedih..


Comments

Popular posts from this blog

BAYAR BELAS-BELAS RIBU - DAPAT SUNDAL BOLONG (KERETAPI PUN BOLEH U-TURN )

Isteri Derhaka - mana ada perempuan takut dah sekarang ni...

Kehidupan Aku Selepas Bercerai...