APA LAGI YANG TUHAN TAK PUAS HATI DENGAN AKU ??!!!
Apalagi yang kau (tuhan) tak puas hati dengan aku.. bukan aku yang makan buah khuldi tu.. nabi Adam yang makan.. kenapa kau nak hukum aku .. bukan aku yang suruh nabi Adam makan.. setan yang suruh.. bayangkan nabi pun selamba je setan perdayakan.. inikan pulak aku.. dan paling best.. kau sengaja pulak lepaskan setan tu berbahagia menjahanamkan hidup anak cucu Adam.. kenapa kau ciptakan manusia.. pastu kau ciptakan setan.. suruh setan hasut manusia.. pastu sengaja kau masukkan mereka yang terkilaf tu masuk neraka.. sedangkan nafsu tu kau yang bagi.. kenapa susah-susah nak berteka-teki, kristianlah.. buddhalah.. hindulah.. kau pacakkan diri kau kat tengah-tengah hiway tu.. dan cakap je terus-terang-- : AKU TUHAN - SEMBAHLAH AKU.. bukan susah pun.. kau tu tuhan.. bukan aku..
Sebenarnya tajuk diatas memang sangat provokatif.. tapi sebenarnya itulah yang membungkam dalam benak aku selama ini.. aku tak pernah takut untuk bercakap atau bertanya seperti itu.. kerana aku sangat yakin.. tuhanlah yang memberi akal.. yang memberi nafsu, nyawa dan hidayahnya.. mungkin ramai je cakap.. wuish.. murtad dah mamat ni.. konpem masuk neraka.. mesti kena sambar petir .. tapi macam aku dah bagitahu.. aku yakin tuhan yang memberi akal.. nafsu dan hidayahnya.. maknanya aku yakin hidup aku.. syurga nerakanya hidup aku adalah disebabkan allah semata-mata...
Aku sangat berani sebenarnya untuk bercakap dan bertanya secara direct.. kadang-kadang sengaja jugak aku tanya ustadz.. dan jawapannya sangat mengecewakan aku.. samada dia suruh aku mengucap.. dan mengingatkan aku akan betapa siksanya neraka (macamlah dia pernah tengok neraka tu.. )
Selama ini, aku telah berusaha untuk menjadikan hidup aku bermakna.. dan selama itulah jugak - hidup aku gagal setiap kali aku mencuba.. sehinggakan aku terlalu takut untuk mencuba.. kerana gagalnya lebih sakit dari kegagalan sebelum-sebelumnya..
Tapi semalam.. satu penerangan ringkas.. satu ayat paling bodoh yang terus mendiamkan aku...
"Tuhan memerlukan manusia untuk menjadikan dia Tuhan".. aku dengar lagi.. katanya : Allah memegang rahsia manusia.. dan manusia memegang rahsia Allah.. aku dengar lagi : manusia membawa sifat-sifat allah dan perlu memberitahu manusia lainnya akan besarnya sifat-sifat Allah..
Otak aku terus berlegar-legar berfikir.. Tuhan memerlukan manusia untuk menjadikan dia tuhan?.. yer.. allah perlu manusia untuk menyembahnya dan menjadikan dia tuhan yang esa.. dan paling terngiang ditelinga aku adalah.. manusia membawa sifat allah.. betul.. ye manusia mendengar.. tapi tuhan maha mendengar.. manusia buat salah.. tapi tuhan maha pengampun.. semua dan segala sifat yang manusia ada itu ada pada tuhan.. cuma letak perkataan MAHA didepannya.. tapi perkataan MAHA itu sendiri takkan wujud tanpa ada perkataan asas selepasnya.. dan perkataan asas itu hanyalah ada dan dapat diterangkan oleh manusia.. bagaimana pulak makhluk allah yang lain? JIN ? Malaikat? Setan? Iblis?.. semua mereka itu tidak langsung membawa dan dapat menerangkan sifat-sifat allah mengunakan akal sebagaimana akal yang diberi oleh Allah juga.. manusia itu sendirinya memberitahu betapa agungnya kejadian oleh Allah yang esa..
Manusia dengan sifat-sifat allah kecuali allah dengan perkataan MAHA (bukan mahathir ek).. diperlukan allah untuk memberitahu betapa agung dan berkuasanya allah kepada manusia yang lain.. sebab hanya manusia yang dapat menerangkan betapa agung dan besarnya Allah.. kerana tuhan tidak menjadi tuhan tanpa manusia yang menyembahnya, tanpa manusia yang menerangkan betapa 'TUHAN' nya tuhan... hendak-hendak tak hendak.. manusia perlu menerangkan keagungan tuhan dengan perkataan/nisbah dari sifat-sifat manusia itu sendiri...
Jawapan pada kenapa aku tak berhenti-henti disusahkan oleh takdir .. disusahkan oleh tuhan.. kerana Allah cuba memberitahu aku betapa besarnya dia.. betapa agungnya dia.. dan sebenarnya allah ingin aku mencari jawapan selogik akal fikiran aku.. seperti sekarang.. jawapan yang sangat menjentik akal aku.. Subhanallah..
Comments
Post a Comment