Daie FARHAN - Lelaki yang patut dihormati...

Macam biasa.. aku ni tak berapa nak suka sangat nak menyibuk jaga hal orang..  tapi aku nak menyibuk juga.. suka hati akulah.. blog aku kan..

Mulanya aku pelik sangat.. kenapa tetiba je perkataan '18' ni tetiba jadi trending gila babi kat media so-sial.. rupa-rupanya angkara tuan empunya badan bernama DAIE FARHAN..


Maka gegak gempitalah Malaysia akan al-kisah seorang insan bernama Daie Farhan, seorang lelaki Macho berasal dari Tanah Merah Kelantan ni.. umur baru 29 tahun.. nama sebenar mamat ni adalah Nik Ahmad Farhan Bin Nik Muhamad.

Isteri pertamanya Nurul Ain Mat Aris yang kini sedang sarat mengandung 7 bulan dijangka bersalin pada Februari tahun depan,  diceraikan Daie Farhan melalui rakaman suara Whatsapp je.. (memang sempoi)..

Aku malas nak tulis kisah kronologi hal-hal diorang ni.. sebab banyak dah cover cerita mereka bertiga ni.. cuma aku nak menyatakan pendapat aku aje..

Bagi aku.. yang menyokong seratus peratus POLIGAMI ni.. Daie Farhan tu tak buat apa-apa salah pun..  dia berkahwin di Mekkah dengan Noorainul Naqim Mohd Radzi, secara sah.. bukannya dia pergi berzina ke.. dan bukan dia kahwin dengan sundal bolong ke.. apa masalahnya?

Ramai sangat yang pergi menyelongkar spender mereka bertiga.. Daie Farhan, Fatin dan Dr. Erin, seluruh umat Melayu Islam tiba-tiba menjadi tuhan yang semacam tahu apa dosa pahala mereka.. syurga neraka mereka..


Sepatutnya sebagai Melayu yang semuanya konon-konon berjiwa malaikat, cuba menyelamatkan rumah tangga mereka, bukan pergi jadi batu api dan menghancurkan kebahagiaan mereka.

Seperti biasa, segalanya adalah bermula dari seorang wanita.. kalau tidak pergi up kat media so-SIAL.. maka tak ada seorang pun yang tahu.. mungkin juga perkahwinan Daie Farhan dengan isteri pertamanya dapat diselamatkan. Tapi biasalah.. perempuan kalau boleh mengaku dan sedar akan silapnya bukanlah perempuan namanya.. pendedahan di Facebook Ches Al- Maliki.. menjadi punca segalanya.. wanita ini harus bertanggungjawab nanti disana dengan apa yang dia lakukan..

Apakah salah perkahwinan keduanya? dalam Islam tak perlu pun izin isteri pertama, cuma undang-undang syariah di Malaysia saja mensyaratkan begitu..  

Kesalahan nyata semua mereka adalah, mengemparkan berita mereka di media sosial.. konon sangatlah untuk membela diri dan menjaga maruah masing-masing.

Berhentilah semua kamu orang yang tak habis-habis play victim..  semua konon menjadi mangsa..  updatelah status di FB dengan linangan airmata konon.. padahal dihati masing-masing penuh dendam dan amarah..

Tidak kisahlah, 18 ratus ribu orang ke .. yang mengorat siapa-siapa.. kawallah lidah masing-masing agar tidak tersalah cakap..  hentikan keluar kenyataan di media, selesaikan dengan cara baik..

Kalau tidaklah kerana media sosial - perkahwinan mereka tentu sangat dapat diselamatkan..

Apakah salah dan berdosa berkahwin lain dan berpoligami.?.

Adakah salah bercerai menggunakan Whatsapp?

Adakah salah dan berdosa menceraikan isteri ketika mengandung..?

Adakah salah berkahwin dengan janda umur 40 tahun beranak 8?

Korang jangan nak memandai jadi Tuhan yang tahu siapa masuk neraka.. siapa masuk syurga..


Semoga Allah membantu semua mereka.. dan selamatkan perkahwinan pertamanya.. kesian kat anak-anak yang masih kecil.. bagi mereka yang jadi batu api tu.. hati perut korang macam iblis.. korang tak kasihan ke kat anak-anak tu.. kejam sangat..

Hak Daie Farhan dan tanggungjawab sebagai seorang Suami..  bukan hak seorang isteri untuk menghitung dosa pahala suaminya..  itulah sebab kenapa zakat fitrah batang tubuh isteri atau isteri-isterinya  dilunaskan oleh suaminya, dosa seorang isteri ditanggung oleh suami.. 

Hak seorang isteri pula adalah pergi update kat FB untuk memalukan seorang suami?? macam tu?? ketahuilah.. dalam tempoh iddah, Fatin itu masih lagi bergelar isteri kepada Daie Farhan.. wajarkah pergi update kat FB.. dengan alasan untuk mempertahankan maruah kerana digelar nusyuz oleh suaminya..  pertanyaan aku adalah : adakah Daie Farhan menuduh nusyuz itu dituduh secara terbuka.. ada pernah ke Daie Farhan update kat FB? tidak akan ada ramai yang tahu yang Fatin itu nusyuz kalau sendiri tak pergi update kat FB..  

Kebanyakan perempuan/isteri semua sama..  korang boleh taat dan ikut perintah bos kat pejabat..  tapi SUAMI?.. korang semua teramat yakin yang hidup korang tu selamanya.. yang muda korang tu pun selamanya..  hidup ni sekejap dan sementara.. disana itu nanti yang kekal abadi..  

Media so-SIAL bukanlah jalan untuk mencari penyelesaian. sebaliknya hanyalah akan memburukkkan keadaan.. sekarang semua beralasan 'untuk mempertahankan maruah diri".. benarkah? atau maruah suami dan diri sendiri semakin dipijak-pijak oleh nitizen.. maruah konon..

Sekian.. terima kasih...








Comments

Popular posts from this blog

BAYAR BELAS-BELAS RIBU - DAPAT SUNDAL BOLONG (KERETAPI PUN BOLEH U-TURN )

Isteri Derhaka - mana ada perempuan takut dah sekarang ni...

Kehidupan Aku Selepas Bercerai...