BUANG MAK AYAH TEPI JALAN.. (kalau kau berani)

Sebelum ini..  aku semacam korang jugak.. asal ada cerita anak yang derhaka.. aku akan cepat membuat hukum.. kononnya anak itulah yang tak mengenang budi.. anak itulah patut dicampak kedalam perut neraka yang paling dalam..  kita sebebasnya bercakap walaupun sebenarnya kita tak pernah pun berada dalam keadaan itu untuk memahami keadaan.. 

Aku amat menyayangi emak aku.. tiada galang gantinya.. sehingga hari ini.. aku berusaha keras untuk menunaikan janji yang pernah aku buat ketika berumur mungkin 6 tahun.. yang aku akan berjanji akan menjaganya hingga ke akhir hayat..  walaupun tidak pernah sekali aku dituntut untuk menunaikannya.. tapi kuat segar dalam ingatan aku.. umpamanya baru semalam aku berjanji dengan ibu aku..

Awal-awal emak sakit dulu.. ketika doktor mengatakan yang berkemungkinan besar emak mengidap kanser.. sedaya upaya aku cuba untuk menahan dari tumpahnya air mata untuk dilihat adik-beradik yang lain.. aku menangis teresak-esak didalam tandas.. betapa aku tak tahu bagaimana aku harus hidup sekiranya emak pergi nanti.. 

Alhamdulillah.. emak tidak mengidap kanser.. tapi dia perlu jugak untuk dibedah bagi membuang kelenjar tairodnya.. kami adik beradik berkumpul di Hospital Putrajaya meneman dan menguatkan emak agar kuat....

Sebelum pembedahan itu bermula..  ketika diinterview oleh pakar-pakar perubatan tu..  dr bertanyakan adakah ibu aku pernah sakit serius dengan tairodnya.. jawab aku "ada.. masa aku kecik pernah sekali mak aku bedah tairod".. mak aku cepat-cepat potong cakap aku dan tersipu-sipu cakap yang itu bukan .. bukan tairod.. aku terdiam.. terdiam teramat diam.. mak aku menipu aku selama ini rupanya..  

Aku ingat sangat lagi.. waktu tu.. aku baru habis darjah 6..  ada sekolah Agama negeri baru bukak.. jadi aku nak sangat masuk sekolah agama tu.. aku merayu dengan mak bapak aku.. tapi bapak aku cakap.. mak aku tak sihat.. aku kena bantu mak aku buat kerja rumah.. masa tu mak aku ada operate kat dada kanannya..  aku hendak tak hendak terpaksa mematikan hasrat aku untuk kesekolah agama tu.. sejak hari itu.. akulah yang membasuh kasut - kain baju sekolah adik-adik aku.. masak nasik.. menyapu sebab emak aku sakit.. tapi sebenarnya operate tu hanyalah untuk membuang lendir didada mak aku.. bukannya tairod pun.. sebab operate tu jugaklah.. segala tabung kami adik beradik dipecahkan bapak.. padahal bapak aku kerja kerajaan.. bukan kena bayar pun untuk operate..

Habis aku SRP.. aku merengek jugak untuk kesekolah berasrama.. samada sekolah Teknik.. tapi tetap jugak dibantah bapak aku.. duduk lagi aku dirumah menjadi pondan menjaga adik-adik..

Tapi bila adik aku yang cuma berselang setahun je dengan aku.. nak ke  sekolah vokasional.. terus je bapak aku masukkan.. tak apalah.. aku masa tu tak berapa kesah sangat pun.. iyelah mak aku kan sakit..

Tapi bila kau tahu yang mak kau memang kaki penipu.. hati aku hancur luluh.. aku cuba jugak buang perasaan itu jauh-jauh.. sebolehnya aku taknak jadi anak derhaka.. 

Sejak itu kesihatan emak seperti statik.. tidak bertambah buruk dan tidak jugak bertambah baik..  sudah 3 tahun sejak emak dibedah itu.. anak-anak sudah semakin tidak kerap balik..  tinggallah aku anak beranak meneman menjaga emak.. terus-terang aku cakap.. emak aku ni jenis sakit mengada-ngada.. bukan sakit betul pun.. tapi kuat betul menggediknya..  kadang-kadang dia memerintah orang macam dia sorang je sakit dalam dunia ni.. padahal aku ni pun bukannya muda sangat.. dekat 50 jugak dah..  aku pun bukan larat sangat..

Ada masanya aku malas dah nak berubat dah.. sebab bagi aku.. mak aku ni bukannya dia nak sihat pun.. dia lagi suka sakit dan berdodoi-dodoi sepanjang masa..

Aku pulak dibesarkan memang dengan cara macam itu.. aku tak pernah merengek kalau aku sakit.. sebab akan diejek oleh mak bapak aku.. kau jangan nak merengek lah nak itu ini..  takkan dapat kasihan punya.. yang dapat kena tengking dengan maki hamun adalah.. 


Aku ingat lagi.. kedua-dua nenek belah mak dan ayah aku .. tinggal dirumah kami masa dihujung nyawa mereka.. nenek sebelah ayah meninggal kemudian dari ayah aku.. dan sebelah emak meninggal 3 tahun lepas.. aku ingat sangat lagi.. bagaimana mak aku melayan mereka.. nenek belah ayah aku pulak kena strok.. memang mak aku buat tanpa belas kasihan langsung.. aku betul-betul sedih masa tu tengok.. sebab masa ayah aku ada.. elok je mak aku layan.. tapi bila ayah aku tak ada.. siaplah orang tua tu..

Bila mak aku jaga mak dia pulak.. masa tu bapak aku dah tak ada.. nenek aku ni dia cuma macam nyanyuk sikit.. umur pun dah 80 lebih masa tu..  asal nenek aku ni bukak mulut je..  memang akan dibangkang mak aku.. pernah aku cakap kat mak aku.. dengar ajelah apa nenek tu cakap..  tak payah bangkanglah apa pun.. tapi mak aku tetap macam tu.. mak aku jugak selalu sangat dia cakap yang nenek aku tu pura-pura sakit.. menipu je.. padahal nenek aku tu umur 85 masa tu...sampaikan boleh dikatakan hari-hari nenek aku cakap.. "kau tak tua lagi.. nanti kau tua .. kau rasalah.." berpuluh-puluh kali nenek aku cakap macam tu..  tak lama lepas tu.. mak aku yang macam-macam alasan.. tak laratlah.. tak itulah.. terpaksalah adik lelaki mak aku ni ambik dan jaga nenek aku ni..

Tuhan itu maha adil..  mak aku ni boleh dikira muda lagi..  ketika dia operate tairod tu.. umur dia dalam 63 tahun macam tu.. tapi tak lama je lepas nenek aku (emak kepada emak aku) meninggal.. emak aku jatuh sakit.. puas jugak aku berubat kesana-sini.. tapi dia tetap macam tu..  ada masa tu aku rasa nak marah jugak.. sebab mak aku ni.. langsung tak nak cuba.. belum cuba lagi dah cakap sakit.. tapi lidah aku ni tak tergamak pulak rasanya nak tuduh dia menipu ke tidak..

Sebenarnya hati aku ni dah membuak-buak.. rasa menyampah.. rasa meluat kat mak aku.. tapi aku diamkan jugak.. kalau rasa nak marah sangat.. aku blah je.. lagipun aku sangat yakin.. ini semua sebab doa nenek aku buat mak aku..  mungkin jugak tuhan nak hapuskan dosa mak aku sebelum dia dijemput tuhan.. dan aku jugak yakin..yang nanti kalau mak aku pergi.. aku tak terasa sangat kehilangan..

Sekarang baru aku faham.. kadang-kadang ada anak yang tewas jugak .. tunduk akan rasa marah dan tak puas hati ketika menjaga orang tua.. sungguh aku cakap.. bila kau menjaga orang tua yang telah menjadi budak balik.. itu memang teramat payah..  dan ketahuilah bagi kamu orang semua....jangan ringan untuk bercakap selagi korang tak menempuhnya.. lidah memang tidak bertulang.. dan cakap pun percuma.. tak dibayar....

 

 

Comments

Popular posts from this blog

BAYAR BELAS-BELAS RIBU - DAPAT SUNDAL BOLONG (KERETAPI PUN BOLEH U-TURN )

Isteri Derhaka - mana ada perempuan takut dah sekarang ni...

Kehidupan Aku Selepas Bercerai...