isteri KUAT MENIPU - BIADAP - TAK ADA ADAB

 Dah lama tak update blog gampang ni...  mungkin tak ramai orang baca.. tapi aku peduli apa.. janji satu hari nanti blog ni.. jadi personel diary aku... yang boleh aku kenang-kenang masa akan mendatang...


Aku sebelum ini pernah pun bercerai dengan isteri aku ni.. ini adalah round kedua untuk masing-masing memperbaiki diri.. demi masa depan anak-anak...  aku sebenarnya tak ada hati sangat pun dekat ex aku masa tu.. tapi aku pendamkan hati aku ni... demi masa depan anak-anak aku.. dan yang paling utama - aku dapat pisahkan anak-anak aku dari keluarga mentua aku.. yang pada mata aku.. hanyalah merosak akhlak dan peribadi anak-anak aku.. apatah lagi dalam tempoh kami bercerai tu.. ada sesekali anak-anak aku mengadu kepada aku.. neneknya cuba mengajar mereka memusuhi aku..


Walaupun aku dibesarkan oleh seoarang kaki judi.. tapi satu yang aku tidak boleh nafikan.. kejayaan mak bapak aku dalam mendisiplinkan anak-anak .... dalam bab sopan santun... dalam bab adab dan adat.. seperti mana Melayu lainnya setidaknya menjadikan kami adik beradik agak disegani jiran tetangga.. kami tak segan menegur orang tua jiran-jiran kami.. datang aje mintak tolong- kami akan tolong dengan sesungguhnya.. paling mak bapak aku titik beratkan adalah adab di meja makan..


Berbeza dengan keluarga mertua aku.. dimulut sentiasa menyuruh anak-anaknya sembahyang.. tapi tak pernah diajar budi bahasa.. adab sopan..  anak saudara sebelah isteri aku.. kadang-kadang aku rasa macam nak tendang je perut diorang...  mak bapak langsung tak reti nak tegur anak-anak walaupun melompat macam sawan depan orang-orang tua bersembang.. memang kita faham "budak-budak" ..  memanglah budak-budak tak berakal.. tapi mak ayahnya tak berakal jugak ke?


Pernah sekali dulu masa awal-awal kahwin.. surat aku dari Bank sampai rumah mak mertua.. selamba je dia bukak.. aku tak boleh betul.. memang pantang tok nenek aku orang bukak surat aku.. dan seumur hidup aku.. tak pernah sekali mak-ayah aku.. adik beradik aku bukak surat aku.. sekiranya makbapak aku rasa surat itu penting sangat.. dia akan telepon dan mintak izin aku untuk buka dan bacakan kepada aku.. tapi itulah.. keluarga ni ada satu keting-tongannya.. takkan pernah belajar.. dan terasa diri tu terlalu sempurna untuk diperbetulkan..


Ada banyak sebab kenapa aku tak beri sangat anak-anak aku rapat dengan keluarga mentua.. budi bahasa.. aku kalau tengok tak kiralah siapa..  kalau lalu lalang depan orang tua..  tak reti nak tunduk..  berderau darah aku.. sebabnya - kalaulah yang lalu tu aku depan mata mak bapak aku.. konfirm kena penampar dayak.. tapi apa nak kata.. mak mertua aku sendiri pun tak pernah tunduk lalu depan mak ayah dia.. inikan pula anak-anak dia.. dah puas aku tegur bini aku ni.. tapi tak pernah sekali pun ingat.. pernah sekali tu, dia golek buah epal nak bagi anak aku.. tak tahulah aku nak kata apa masa tu..


Ada sekali tu.. hari raya.. jadi aku ni pun anak beranak berayalah ke kg Mak mertua aku ni...  adalah empat lima keluarga adik beradik mak mertua aku ni yang balik.  Malam tu adalah sekeluarga saudara mara diorang datang.. keluarga tu nampak gayanya bukanlah orang senang.. naik kereta pun iswara buruk je..  yang paling menyedihkan aku.. diorang hidang air dan biarkan tetamu tu mengadap TV dan diorang duduk berlonggok dengan anak beranak memasing.. sedihnya aku tengok... aku ni tak sampai hati.. pergilah aku duduk melayan tetamu ni.. agaknya bila diorang tengok aku melayan saudara aku ni - walaupun sebenarnya itulah kali pertama aku jumpa diorang -  jadi mungkin segan tengok aku ni.. diorang pun mulalah datang melayan tetamu ni.. bila aku tengok dah macam okey je.. aku pun blahlah.. tapi bila aku blah.. diorang pun jugak blah..  tapi berbeza kalau layanan saudara mara yang berada sikit.. diorang punya layan.. siap hantar sampai ke pintu kereta kalau nak balik tu..


Aku kalau balik ke kg mak mertua aku ni..  yang pertama sekali aku akan cari atuk (ayah mak mertua aku) ni dulu.. aku akan usung anak-anak aku.. bersalam - layan berborak dulu.. kemudian barulah aku cari yang lain-lain.. aku ajar mereka budi bahasa.. dulu masa atuk tu sihat.. dia siap boleh datang tidor rumah aku berminggu-minggu..  rumah cucu-cucu dia yang lain tak pernah pun dia datang tidor.. aku bukan nak puji diri sendiri.. tapi kedua-dua atuk bini aku ni.. lebih rapat dengan aku dari cucu diorang sendiri..  sebabnya aku suka berborak dengan diorang.. bertanya pengalaman mereka masa muda-muda dulu.. sebelum kami bercerai dulu.. demi tuhan, tak pernah sekali pun aku tinggi suara, biadap dengan keluarga diorang ni.. tak pernah.  Walaupun sebenarnya aku tak suka langsung dengan adab dan budi bahasa diorang ni.. tapi aku tak pernah tunjuk sekali pun..

Itu belum lagi aku nak cerita bab adab meja makan..  aku ni bukan berasal dari keluarga kaya.. sama je bangsatnya dengan keluarga mertua aku ni.. tapi kalau bab adab meja makan.. ayah aku memang tak akan pernah bertolak ansur..  cara ayah aku tu menghargai dan meraikan rezeki memang luar biasa.. walaupun lauk pauk yang dihidangkan tu ala kadar je.. tapi cara dihidangkan tu memang terbaik.. pinggan mangkuk dari set yang terbaik..  takkan ada macam-macam jenis pinggan atas meja makan.. takkan ada periuk belanga walaupun rice cooker..  dan sekiranya ada orang lain yang belum makan.. makanan akan diasingkan sebelum makan.. bukan selepas makan... dan setiap kali berhidang.. pinggan mangkuk akan ditukar.. bukannya dari siang tadi.. dan bapak aku.. tak pernah makan nasik yang dihangatkan..  maksudnya dia tak makan nasik siang tadi atau nasik semalam...  aku dah puas pesan dengan bini aku... aku tak bisa makan nasik perangat..  tapi tak.. bapak pemalasnya.. dia akan masak nasik siang tu sebanyak-banyaknya.. sekali untuk malam karang.. dan lagi aku sampai hari ini.. kalau aku masak nasik.. aku akan kacau nasik tu bila dekat nak kering air.. sebabnya nasik tu taklah keras macam simen masa nak makan.. tapi bini aku tu.. bangsa pemalas dan jenis tak reti bahasa diajar..


Aku jugak dah biasa..  mak aku dari aku kecik lagi.. pagi dia akan buat air dan petang pun sekali... dan setiap kali dia akan hidang air bersama cawan beralas piring...  biskut kering disusun cantik-cantik dalam piring.. tapi bila rumah mak mertua aku? dalam bekas plastik ubat nyamuk tu pun boleh dia hidang.. aku rasa canggung betul.. sebab aku tak biasa..  aku sampai hari ini.. kalau aku minum air dalam gelas pun - aku akan ambik piring buat alas.. 


Kita ni orang Melayu - adab sopan cukup halus.. sampai satu dunia mengatakan orang Melayu ni orang yang lemah lembut - tinggi budi bahasanya.. tapi keluarga mertua aku ni? mungkin mereka bukan manusia atau bukan melayu.. perasan macam bagus - tapi penuh kegampangan...









Comments

Popular posts from this blog

BAYAR BELAS-BELAS RIBU - DAPAT SUNDAL BOLONG (KERETAPI PUN BOLEH U-TURN )

Isteri Derhaka - mana ada perempuan takut dah sekarang ni...

Kehidupan Aku Selepas Bercerai...