AKU
AKU
Aku anak sulung dari lima beradik, aku bukanlah dari keluarga kaya, tapi tidaklah susah sangat, waktu aku berumur 11 tahun, aku sudah boleh menjaga adik-adik sekiranya emak dan bapak aku keluar pergi menjual AMWAY ketika itu yang tengah famous..
Kami adik beradik dididik dengan cara melayu ortodoks dimana, bapak adalah KING, atau raja yang memerintah secara autokrasi total.. kami semua adik beradik sangat hormat dan takut kepada bapak.. emak pula mengajar kami supaya sangat hormat padanya.. tanpa soal.. kalau berani biadap dengan bapak, emak dulu yang akan menampar mulut kami.. kalau berani..!
Kami semua tahu bapak seorang kaki judi, kalau dia kalah judi, dia akan mengamuk tak tentu hala jika balik kerumah....emaklah selalunya jadi mangsa sepak terajangnya.. kami pulak, kalau dari jauh dah dengar bunyi motor dia.. cepat-cepat menyuruk dalam bilik sambil memegang buku.. cuba sedaya upaya untuk tidak membuat apa-apa yang akan boleh menaikkan darah dia.. selain emak, aku jugak antara mangsa favourite dia... pantang silap sikit, konpem kena penampar maut.. dalam famili kiranya aku adalah "kambing hitam".. bapak pulak waktu itu, kerja ada syif, jarang sekali ada dirumah.. kalau tak pergi kerja, dia keluar untuk memenuhi aktiviti masa lapangnya - berjudi... dan bab duit ringgit ni, memang tabung ayam kami, biasiswa kami, bantuan cermin mata kami.. kami tak tahu hujung pangkalnya... dan kami tak merasa walau sesen pun.. kena kencing memanjang..
Walaupun bapak seorang kaki judi, tapi kami dibesarkan dengan penuh disiplin, setiap dari kami diberikan satu Diari, setiap hari - terutama hari persekolahan, kami mesti menulis di diari tentang apa yang kami buat, tentang apa yang kami belajar disekolah.. dia akan memeriksa diari kami setiap minggu.. jangan haraplah nak menipu.. sebab kalau terkantoi, penampar akan hinggap dulu dimuka barulah soalan datang kemudian.. kami juga adik beradik, ada jadual khusus.. dari isnin sampailah ahad, dari balik sekolah sampailah waktu tidur kami, pukul 9.30 setiap hari.. waktu bermain pulak, sebelum pukul 6.30 petang tiap-tiap hari.. kami mesti sudah ada dirumah.. lewat seminit, tidor luarlah jawabnya.. tanpa belas kasihan dan tanpa alasan..
Begitu jugaklah dengan penerampilan kami, pakaian kami mesti kemas dan bersih sepanjang masa .. setiap seluar dan t-shirt mesti di sterika, bapak pulak sangat mementingkan BRAND.. dia takkan beli pakaian kami dipasar malam atau baju longgok, walaupun hanya setahun sekali baju kami berganti.. rambut mesti tersisir rapi setiap masa, walaupun bukan hari sekolah, rambut mesti berminyak berkilat.. kami pulak sedar bahawa kami bukanlah orang senang, kami sangat-sangat menghargai barang atau apa saja yang dibeli, sebab nak mendapatkannya bukanlah senang..
Begitulah juga keadaan dalam rumah, walaupun kami lima beradik punyalah nakal, tapi dalam rumah sangat kemas, tersusun dan teratur.. cuba kalau selepas guna syampu atau ubat gigi, tak tutup balik semula tudungnya.. memang sengajalah mencari nahas kalau terkantoi.. bapak jugak akan mengamuk macam nak gila kalau kami tidak sengaja terpecahkan pinggan mangkuk..
Tiga peristiwa semasa aku kecil yang cukup memberi kesan keatas aku, aku tak tahu kalau itu boleh dikatakan kesan psikologi yang memberi impak keatas aku,
Peristiwa pertama adalah.. zaman kanak-kanak.. waktu yang boleh nak mintak makan sedap-sedap adalah ketika demam atau sakit.. waktu inilah boleh nak mengada-ngada sikit. Aku ingat lagi, kalau adik lelaki kedua aku sakit.. cakaplah hendak makan apa saja.. epal, laici dalam tin.. ayam goreng.. apa saja.. emak bapak aku akan mengusahakannya.. aku pun dapatlah menumpang tuah. Tapi kalau aku demam.. cubalah aku mintak nak makan itu ini.. memang kena tengkinglah.. "kau jangan nak mengada-ngada".. "eleh.. demam sikit.. mengada aje lebih".. "kau jangan nak buat-buat sakitlah".. itulah ayat yang aku selalu terima.. akhirnya, oleh sebab dah banyak kali sangat kena sergah macam itu.. aku jadi merajuk.. kalau aku demam, walaupun nak separuh mati.. aku takkan mintak apa-apa.. aku takkan cakap aku sakit.. kalau aku tak daya sekalipun.. biar aku merangkak, aku akan pergi ambil sendiri air minum aku, bermula saat itu, seperti sudah menjadi tabiat aku.. aku tak pernah cakap aku sakit dengan orang tua aku atau pada sesiapa saja.
Aku ingat lagi, sehingga aku dewasa dan sehingga sekarang ini.. kalau aku sakit atau demam, aku akan berkurung dalam bilik, aku tak benarkan sesiapa pun menyentuh aku.. nak urut aku atau pun hanya meletakkan tangan didahi aku, nak tengok aku demam atau tidak.. itupun aku tak beri.. emak aku pulak, datang sekali sekala.. meletakkan jari telunjuknya dihujung hidung aku.. memastikan aku bernafas lagi..tak mati lagi.. yang sangat aku peliknya.. anak aku yang sulung menurun betul perangai aku yang ini.. Pernah sekali tu, aku demam panas betul-betul teruk, sehinggakan aku kena tidur atas daun pisang.. aku tak bagi mereka angkat aku letak atas daun pisang.. aku boleh jalan sendiri.
Sewaktu aku berumur 6 tahun, aku dikesan kena penyakit buah pinggang, sebelah buah pinggang aku rosak, tapi menurut doktor, buah pinggang aku itu.. akan beransur-ansur berfungsi dengan baik sehinggalah aku dewasa.. itupun setelah emak aku terperasan ada darah ditandas.. aku kencing berdarah, sebenarnya setiap kali kencing, sakitnya tuhan yang tahu.. ketika aku sakit menanggungnya.. memang betul-betul teramat sakit, aku tidak pernah beritahu mereka, sebab takut dituduh menipu... atau mengada-ngada..
Sewaktu aku berumur 6 tahun dan adik lelaki kedua aku pulak berumur 5 tahun, ketika itu, kami sekeluarga duduk dirumah nenek sebelah emak, rumah kampung yang ada beranda dan agak jauh dari rumah orang lain. Waktu itu.. ada sebuah meja diletakkan tengah-tengah beranda rumah , jadi kami menolak meja itu rapat kepagar beranda (rumah kampung yang lantainya lebih kurang 8 kaki tinggi dari tanah) untuk dapat ruang bermain yang lebih luas.. kami bermain "superman" masa tu.. mungkin masa tu, diorang mengharapkan aku dapat menjaga adik aku.. sebab itulah, kami berdua beradik dibiarkan bermain tanpa pengawasan... mereka mungkin juga terlupa, waktu itu akupun budak-budak lagi..
aku dan adik aku, mengikat kain lampin dileher.. konon-kononnya kain sama mcm superman.. bersiap sedia untuk terbang. Oleh sebab terlalu seronok bermain,kami berdiri diatas meja, dan melompat terbang dari atas meja kelantai beranda.. mula-mulanya.. tapi selepas itu, tiba-tiba adik aku dari atas meja diberanda terus melompat terjun keatas tanah.. aku betul-betul cemas masa tu.. aku berlari terus mendapatkan adik aku.. sambil menjerit sekuat hati memanggil emak.. adik aku pengsan ditepi longkang..
Emak yang betul-betul cemas, dibantu nenek aku.. cuba menyedarkan adik aku dari pengsan.. selepas sedar, cepat-cepat emak aku membawanya menaiki basikal terus kerumah tukang urut dikampung kami.. aku ditnggalkan bersama nenek. Aku cuma tidak pernah terfikir ketika itu, emak betul-betul cemas dan bimbang jika dimarahi bapa kerana membiarkan kami bermain tanpa dijaga.
Aku menunggu dirumah dengan penuh debar.. mengharapkan adik aku tak apa-apa.. bapak masih tak balik-balik lagi.. dan ketika emak dan adik aku sampai dirumah balik dari rumah tukang urut.. alangkah terkejutnya aku, bila emak menuduh aku sengaja menolak adik aku terjun dari beranda rumah.. aku dibelasah oleh setiap orang dewasa dalam rumah itu.. kecuali emak aku, ayah aku menibai aku separuh mati.. aku tidak pernah sekalipun menyakiti adik-adik aku.. hanyalah ketika kami berumur awal 30an.. adik aku mengaku yang dia sendiri terjun dari beranda.. bukan aku yang menolaknya.. baru sekarang.. maksud aku, betul-betul ketika aku menulis ini.. mungkin juga, emak aku yang menyuruh adik aku menuduh aku yang menolaknya.. untuk mengelak dimarahi bapak aku.. iyalah emak aku baru berumur 24 tahun waktu itu..
Pernah jugak aku dibantai separuh mati oleh bapak aku, sebab menumbangkan secara tidak sengaja motorsikal yang baru dibelinya. Pernah jugak ketika ditangga rumah, aku ditampar oleh bapak aku kerana menanyakan dia apa itu judi.. aku betul-betul tak tahu apa benda judi tu waktu itu.. aku selalu dengar perkataan judi tu ketika emak dan bapak aku bergaduh.
sebenarnya, aku cuba mencari-cari apa yang kenangan menyeronokkan aku dizaman kanak-kanak, boleh dikatakan tidak ada langsung.

Sepanjang ingatan aku; dua kali emak dan bapak aku bercerai, dua kali jugak mereka rujuk semula..esoknya, dia akan datang- memujuk semua kami adik beradik, untuk terima dia semula, dan mintak kami memujuk emak... waktu itu aku form 3, berapa minggu je lagi nak SRP.. kalau ikutkan hati aku, aku dah taknak dah terima dia, aku kesian sangat dekat mak aku... tapi aku terpedaya jugak dengan lakonan drama swastanya.. macam-macam janjinya, nak berubah, nak jadi bapak yang penyayang... waktu itulah buat pertama kalinya; aku merasa mcm ada bapak, masa itulah.. dia bercakap dengan aku dengan nada yang paling lembut.. kalau tidak, jangan harap dia nak bercakap dengan aku elok-elok, selalunya main tengking ajelah.. emak yang memang dah kira berpatah arang dah dengan bapak aku masa tu; akhirnya termakan jugak dengan pujuk rayu bukan saja dari bapak aku, tapi dengan kami orang adik beradik.. tapi kami semua kena kelentong hidup-hidup dengan bapak aku, sikap ramah tamah.. penyayang dia masa memujuk kami orang tu.. ketika itu sahaja.. sebaik saja lepas dia rujuk semula dengan mak aku.. dia jadilah semula mcm sebelumnya.. aku betul-betul rasa kena kenceng dengan bapak aku.. dan apa yang paling terbekas dalam hati aku, adalah surat ugutan kepada emak aku yang dikirim melalui aku; sebenarnya aku terbaca surat itu tanpa pengetahuan emak aku.. dalam surat bapak aku tu, dia tulis : kalau emak aku tetap berkeras tak mahu rujuk semula dengannya, dia akan jual rumah yang kami duduki itu, dan dia menyenaraikan semua barang dalam rumah.. semuanya bapak aku akan ambil balik semula..satupun tak tertinggal... aku terfikir jugak, apa kami ni semua bukan anak dia ke.. sampai katil kami pun dia nak balik..
Emak pulak, dik kerana susahnya hidup kami ketika itu, dia pandai mencari rezeki tambahan.. pernah berjual kuih muih.. nasik lemak.. menjahit baju.. menjaga anak orang.. tapi mcm biasa, bab duit ringgit memang selalu sangat kena kenceng ngan bapak aku..
Pendek kata; walaupun bapak seorang kaki judi tegar, tapi sikap garang dan diktatornya itulah kesemua anak-anaknya berjaya dalam pelajaran, berdisiplin dan disegani orang.. alhamdulillah, sebelum dia meninggal; bapak menghentikan tabiat buruknya itu lepas kami sorang-sorang berumah tangga, mungkin jugak dia segan dengan menantu-menantu dan cucu-cucunya.. bagi aku pulak, yang sememangnya tidak pernah rapat dengan bapak aku, anak akulah yang mengikat dan menjadi perantara antara kami berdua.. dia betul-betul sayang pada anak sulung aku tu.. dibelinya pakaian mahal-mahal..
Comments
Post a Comment