Isteriku - Jelmaan KUNTILANAK

Pernah tak terfikir, bahawa isteri yang menemankan korang tidur malam-malam, yang korang peluk malam-malam itu sebenarnya adalah bukan manusia.. sebenarnya adalah jelmaan kuntilanak..

Cuba korang tengok ditengkuknya, ada tak paku, sebenarnya mungkin ada.. tapi korang tak perasan.... dengar dia berdengkur.. kalau ada nyaring kat hujung dia.. konpem bini anda dulu adalah seekor  kuntilanak atau anak jin..

Nak bercerita bab berdengkur ni.. sepanjang hidup aku.. aku tak pernah lagi jumpa perempuan tidur tak berdengkur.. semuanya berdengkur macam bunyi gerabak keretapi buruk.. kalau himpunkan 5 orang perempuan tidur sebilik.. korang boleh panggil Jabatan Meteorologi untuk test alat mengukur gempa bumi diorang.. iyalah, macammana nak test alat dia.. kat sini susah nak ada gempa bumi.. melainkan ketika bini anda terjatuh tersepuk.. bergegar satu rumah beb.. ingatkan anak gajah tadi.. hik hik hik..


Tapi kalau betullah bini anda tu dulu kuntilanak.. ada ke kuntilanak saiz XXXXL.. camana dia nak terbang ek!! susah jugak untuk membuktikan..

Sebab-sebab  apa aku kata bini aku jelmaan kuntilanak..:

1.  Gelak mengilai-ngilai.. puas dah aku cakap- kau jangan gelak macam setan lupa diri tu.. tekejut aku.. tapi lagi dilarang, lagilah dibuatnya..

2.  Makan tak berhenti-henti : bila aku tegur je, dia kata sementara sihat inilah.. nanti dah sakit, susah.. nak sangat aku tengok.. tengah dia makan tu.. tercekik.. memang masa tu, aku biarkan aje.. lantaklah kau..nak sangat..

3.  suka  Tidur siang : aku pelik sangat.. apa yang dibuatnya memalam.. mungkin masa aku tidur tu.. dia bangun mencarik mangsa.. susah nak buktikan.. sebab selalunya, aku tidur mati..

4.  Badan bau mayat : inipun satu lagi bukti, puas dah aku bagi minyak wangi.. yang paris ke.. hong kong ke.. badan tetap bau mayat..

5.  Dia ada kuasa mistik.. dia tahu je, masalah2 jiran tetangga.. anak saper mengandung, laki saper ada skandal.. pelik betul aku.. sebab orang lain tak tau pun.. dia sekor je tau..

6.  Berdengkur mcm gorilla kena asma :  kalau dia tak pergi terbang mencarik mangsa memalam.. aku kena pastikan aku tidur dulu sebelum dia.. pernah sekali tu.. aku baling dengan botol minyak gamat... pastu aku buat-buat ler tidur.. kesian pulak bila esok aku tengok,  bengkak dahi dia.. hehehe.. aku jugaklah mangsa kena hantar pergi  klinik.. padan muka aku..

7.  Boleh bergerak pantas tetiba jika perlu : ini memang betul-betul super power isteri aku sebagai kuntilanak.. terutama kalau tetiba mak aku nak datang.. tetiba je, dia bergerak mcm kartun cepat.. zup zap zip zup.. rumah kemas tetiba.. kalau tidak- rumah aku macam stor sukan..

8.  Dia selalu cuba memperdayakan aku konon-kononnya dia tidur.. tapi dia tipu, dia tak tidur sebenarnya.. bila aku tak sedar je.. dia mulalah terbang keluar mencarik mangsa.. mana boleh, orang letak kepala je tidor.. letak kepala je tidor..  dia ingat aku tak tau trik dia tu.. nak tipu aku konon..


Dah, itu aje.. bukti-bukti yang dapat aku kumpulkan buat masa ini.. aku tengah lagi buat research pasal kuntilanak nih.. memang dari dulu lagi aku dah syak.. memang bini aku tu kuntilanak.. dulu, bapak mertua aku pun mati tiba-tiba je..  mungkin mak mertua aku punya kerja.. 




Comments

Popular posts from this blog

BAYAR BELAS-BELAS RIBU - DAPAT SUNDAL BOLONG (KERETAPI PUN BOLEH U-TURN )

Isteri Derhaka - mana ada perempuan takut dah sekarang ni...

Kehidupan Aku Selepas Bercerai...