Isteri Derhaka - mana ada perempuan takut dah sekarang ni...
Aku ingat satu masa dulu.. moyang perempuan aku masa tu sedang nazak.. ketika itu.. arwah tak berhenti-henti minta makan.. walaupun nyawanya dekat nak habis.. tapi dia masih minta nasik.. lalu salah sorang saudara mara aku bercakap.. "ini sumpah suaminya dulu.. ketika arwah suaminya sakit terlantar, isterinya itu tak berhenti-henti makan, dan tak menghiraukannya.... lalu disumpah suaminya, katanya - kalau nanti esok kau nak mati.. kau akan tak berhenti mintak makan "..
Cerita ni lekat dikepala aku, walaupun aku budak-budak masa tu... bukan apa, mengenangkan betapa hebatnya suami.. sumpahannya menjadi.. sama taraf dengan mak sitanggang..
Bayangkan orang-orang dulu meletakkan martabat suaminya dimana.. betapa takut dan gerunnya bila mengenang sumpahan suami.. takut sangat untuk jadi derhaka kepada suami.. walaupun zaman-zaman dulu, mana ada jumpa perempuan berhijab, walaupun bini imam.. mereka hanya berselendang jarang ajepun.. dan bersanggul manis.. tapi suami tetaplah menjadi raja dirumah.. sekali ditegur suami, malunya bukan kepalang... takutnya bukan main-main..
Sekarang ni, .. walaupun isteri belajar agama sampai boleh baca yassin pejam mata je.. walaupun sembahyang lengkap 5 kali sehari.. walaupun tudung sampai ke lutut.. cuba korang cakap.. "kau ni isteri derhaka".. cuba tengok, dia takut ke atau dia akan menjawab balik.. - eleh ingat awak tu boleh masuk syurga ke?.. walaupun purdahnya sampai kelutut.. kena pulak yang isteri tu tinggi sikit pengetahuan agamanya.. siap boleh pulak baca satu persatu dosa suami.. memang zaman sekarang ni, sama je rata, dosa suami, tanggungjawab isteri.. dosa isteri hanya pada mak dia.. bukan pada suami dia.. memang tiap-tiap Aidilfitri, isteri bayar fitrah suaminya..
Taraf isteri derhaka ni bukan main-main, sekiranya bekas suami pertama siisteri, tidak mengampunkan dosa isterinya ketika masih bergelar suami isteri, walaupun siisteri telah berkahwin lain, gelaran isteri derhaka tetap dibawanya ketika mengadap tuhan.. walaupun perkahwinan kali keduanya itu, siisteri menjadi isteri yang sangat taat dan baik.. dia tetap membawa gelaran itu..
Sekarang ni ada pulak memandai-mandai memperkenalkan gelaran "suami derhaka" punyalah gila zaman sekarang ni.. itulah kata, tudung sampai kelutut.. tapi dia ingat api neraka ni macam api mancis aje..
Tu belum lagi cakap bab poligami.. lupa diri, lupa yang itu suami.. ada sebab kenapa dalam islam, tak perlu pun izin isteri untuk berkahwin lain.. sebab hidup ni sementara.. kejap je atas dunia ni berbanding hidup kekal abadi ni.. apa suami buat. samada abai atau tak adil. dia sorang je menjawab depan tuhan nanti dan menerima balasannya.. sedangkan siisteri.. dan ahli keluarganya. boleh menahan/menangguh sisuami/ayah untuk menjejak syurga..
Kalau nak kata sisuami ni tak layak atau tak berkemampuan untuk berpoligami.. siapa yang cakap.. kalau perempuan ni cakap.. ikut standard dia.. mufti pun tak layak.. bill gate pun tak layak.. yang menentukan layak atau tidak itu tuhan.. nanti yang menghukum itu juga tuhan.. bukan isteri atau perempuan yang jika ingin menjadi saksi kena dua orang berbanding lelaki.. seorang.. -
Itu belum bergaduh bila hari raya.. padahal kalau suami tu langsung tak bagi jejak kaki rumah mak isteri tu pun.. sikit tak berdosa sisuami tu.. tapi kalau sisuami tu tak taat cakap mak dia.. nerakalah jawabnya.... cakap taat dan sayang sangatlah pada sisuami.. tapi sebab anda jugaklah suami anda tak cium syurga.. punyalah singkat akal fikiran perempuan/isteri ni.. dia ingat neraka tu macam api mancis aje.... mungkin kalau takda perempuan kat dunia ni.. senang sikit orang lelaki nak masuk syurga.. tapi kalau takda, camana nak membiak? hehehehe
Serius cakap, perempuan ni memang sepanjang masa kena ada orang lelaki untuk bantu dia berfikir.. tengok saja zakat fitrah.. semuanya akan dibayar oleh orang lelaki terdekatnya walaupun dia jutawan macam nak gila.. tapi sebab zaman sekarang ni.. pengaruh tv dan barat.. mereka terlalu sombong dan ego.. tambah lagi kalau tudung sampai kelutut.. dia gerenti je masuk syurga walaupun melawan suami.. walaupun derhaka kepada suami.. mereka takut pada tuhan.. terlalu takut, tapi mengabaikan suruhan tuhan untuk taat dan menghormati suami.. tuhan maha pengampun, tapi suami belum tentu lagi.. dia ingat dan berharap dengan menyembah tuhan tanpa henti - allah akan mengampunkannya dan melupakan dosanya menderhakai suami.. iya, mudah-mudahan... mudah-mudahan api neraka itu sebesar api mancis bagi mereka...
RAsulullah SAW pernah bersabda .. penghuni neraka paling ramai adalah wanita, masa kecik dulu tak faham.. kenapa, ibu dan perempuan yang baik-baik dengan mudah menjadi penghuni neraka paling ramai.. tapi sekarang baru faham.. sedangkan mereka paling mudah masuk syurga, hanya taat kepada Allah, rasul dan suaminya.. itu saja, mudahlah sangat bagi mereka untuk mendiami syurga allah.. tapi tetaplah memilih neraka..
Sedangkan orang lelaki.. tanggungjawabnya pada orangtuanya, isterinya.. anak-anaknya.. cukuplah susah dan berat.. tapi itulah yang sangat dicemburui mereka.. kalau boleh mereka pun nak jugak sama susah masuk syurga.. walapun tuhan dah janji.. senang je wanita nak cium syurga.. tapi biarlah susah sama je macam orang lelaki.. baru thrill .. iye tak?!!!! api neraka tu bagi orang perempuan macam api mancis je...
kalau org baik xx cakap diri dia baik.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletetalak memang terletak pada tangan suami.. tapi berapa ramai suami yang bertahan dengan kerenah isterinya.. buat dono.. pergi memancing.. pergi kedai mamak.. nak bercerai berai memang mudah je.. tapi fikirkan anak-anak.. kalau kita ada.. boleh kita kawal sikit perangai anak-anak jangan menurun perangai emaknya.. bayangkan nanti kalau bercerai.. anak-anak ikut isteri.. perangai hanjeng tu nanti menurun kat anak-anak kita.. tak apalah.. berkorban sementara.. untuk anak-anak - supaya kita ada boleh menegur anak-anak.. perangai hanjeng tu tak dipusakakan turun temurun..
ReplyDelete